Tuesday, January 24, 2012

“PENDAPAT KHULAFAUR RAYIDIN TENTANG KELEBIHAN MERAYAKAN MAULID NABI SAW”.

Telah berkata Syekh Ibnu Hajar Al-Haitami

“PENDAPAT KHULAFAUR RAYIDIN TENTANG KELEBIHAN MERAYAKAN MAULID NABI SAW”

Telah berkata Syekh Ibnu Hajar Al-Haitami
(dalam Kitab: Ni’matul Kubra 'Alal 'Alam Fi Maulidi Saidi Waladi Adam)
(dalam Bab : Faslun Fii Bayan Fadli Maulid Nabi)

قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه :
من أنفق درهما على قراءة مولد النبي صلى الله عليه وسلم كان رفيقي في الجنة

‘Telah berkata Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq _ : Barangsiapa yang menafkahkan
satu dirham bagi menggalakkan bacaan Maulid Nabi SAW, maka ia akan menjadi
temanku di dalam syurga.”

قال عمر رضِيَ الله عَنه منْ عضّم موْلد النٍّبي صَلى الله عَليْه وسلم فقدْ أحْيا الاإسْلامِ

Telah berkata Saiyidina 'Umar _: "Barangsiapa yang membesarkan (memuliakan)
majlis maulid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam."

قال عثمان رضي الله عنه:
من أنفق درهما على قراءة مولد النبي فكأنما شهد غزوة بدر و حنين
“Telah berkata Utsman _: "barangsiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis
membaca maulid Nabi SAW, maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain “

قال علي رضي الله عنه ر كرم الله وجهه:
منْ عضّم موْلد النٍّبي صَلى الله عَليْه وسلم وكان سببا لقراءته لا يخرج من الدنياإلا بالإيمان و يدخل الجنة بغير حساب

Telah berkata ‘Ali : “Brangsiapa yang membesarkan majlis maulid Nabi SAW dan
karenanya diadakan majlis membaca maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia
melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.

Ditulis oleh TGK Muhammad Rizal, S.Ag

Terimasih telah berkunjung ke Blog saya, smg bermanfa’at bagi yang membaca dan dapat di amalkan, dan tdk terpengaruh dgn pendapat2 segelintir manusia yang hendak menghapus perayaan maulid, bahkan dengan jahilnya mereka mengatakan pekerjaan tersebut termasuk bid’ah. Na’udzubillahi min dzalik

Saturday, January 21, 2012

TAHLIL, SHAMADIYAH dan KENDURI ARWAH BUKAN BID'AH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Add caption




Dalil Tentang Tahlilan (Riwayat Thawus Al-yamani Tabi’in)

Hadis Riwayat Thawus Al- yamani (tabiin)
Thawus al-Yamani adalah seorang tabi`in terkemuka dari kalangan ahli Yaman. Beliau bertemu dan belajar dengan 50 – 70 orang sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Thawus menyatakan bahawa orang-orang mati difitnah atau diuji atau disoal dalam kubur-kubur mereka selama 7 hari, maka adalah mereka menyukai untuk diberikan makanan sebagai sedekah bagi pihak si mati sepanjang tempoh tersebut.
Hadis Thawus ini dikategorikan oleh para ulama kita sebagai mursal marfu’ yang sahih. Ianya mursal marfu’ kerana hanya terhenti kepada Thawus tanpa diberitahu siapa rawinya daripada kalangan sahabi dan